Karya Terpilih Xi Jinping mengenai Kedaulatan Undang-undang Edisi Bahasa Inggeris Diterbitkan

Jilid pertama karya terpilih Xi Jinping mengenai kedaulatan undang-undang diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan diedarkan ke seluruh negara baru-baru ini.

Disusun dan diterjemah oleh Institut Sejarah dan Kepustakaan Parti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), buku berkenaan menghimpunkan karya penting ditulis Xi mengenai kedaulatan undang-undang dari Disember 2012 hingga Februari 2025.

Penerbitan edisi bahasa Inggeris itu akan membantu pembaca antarabangsa memahami dengan lebih mendalam pemikiran Xi mengenai kedaulatan undang-undang serta pencapaian dilakar dalam pembangunan sistem kedaulatan undang-undang sosialis bercirikan China pada era baharu.