Malaysia Kecam Pencerobohan Masjid Al-Aqsa Oleh Pendatang Haram Israel

Persidangan Dunia tentang Klasik Ke-2 (The Second World Conference of Classics) yang bertemakan “Dialog antara Masa Silam dan Moden: Inspirasi Kontemporari daripada Hikmah Klasik” (dialogue between ancient and modern: contemporary inspirations from classical wisdom) akan diadakan di Athens, Greece pada 9 hingga 10 Jun akan datang.

Maklumat ini didedahkan Akademi Sains Sosial China pada satu majlis pra-pelancaran berkenaan di sini Isnin.

Persidangan tersebut sebagai satu platform yang kondusif akan menghimpunkan sarjana dalam bidang pengajian klasik dari dalam dan luar negara, serta pakar dan cendekiawan dalam bidang peradaban, kebudayaan, arkeologi dan lain-lain, untuk mengadakan dialog yang mendalam, bertukar-tukar idea dan menjana impak sosial mengenai topik berkaitan peradaban klasik.

Selain upacara perasmian dan penutupan, terdapat empat forum yang akan diadakan sebagai komponen utama, yang masing-masing mengangkat tema “Etika dan Penyantunan: Tafsiran Moden Pendidikan Klasik”, “Persahabatan dan Komuniti: Komuniti Berdasarkan Tata Susila di Sebalik Perubahan Masa Silam dan Moden”, “Keamanan dan Keteraturan: Penyelesaian Peradaban dalam Perubahan Global” dan “Teknologi dan Peradaban: Semangat Kemanusiaan dalam Era Pendigitalan”.

Sementara itu, Persidangan juga akan dilengkapi satu pameran bertemakan “Beri Nafas Baharu kepada Klasik pada Zaman Moden – Pameran Pencapaian dalam Peradaban Klasik Dunia”.

Sebagai rekod, pihak-pihak penganjur persidangan kali ini merupakan Akademi Sains Sosial China, Kementerian Pendidikan China, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China, Kementerian Kebudayaan Greece dan Akademi Sains Athens Greece.