Tiga dokumentari China yang dihasilkan oleh Kumpulan Media China (CMG), iaitu “Kepekaan Xi Jinping terhadap Kebudayaan”, “Memimpin (Versi Antarabangsa)”, dan “Pemikiran Baharu dari Kitab”, mula disiarkan di media arus perdana Laos termasuk Stesen Televisyen Negara Laos pada Isnin.
Presiden Laos, Thongloun Sisoulith telah mengucap tahniah tentang perkara itu.
Dalam ucapan tahniah berkenaan, Thongloun yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Revolusi Rakyat Laos menyatakan bahawa ketiga-tiga dokumentari tersebut mengandungi kebijaksanaan falsafah China, dan mencerminkan kepekaan Xi terhadap perlindungan warisan budaya. Pemimpin China itu bukan sahaja berpandangan jauh tetapi juga menyemarakkan semangat patriotik dalam melaksanakan pentadbiran negara, dan menunjukkan keterujaan yang tinggi terhadap peradaban China yang bersejarah lebih lima ribu tahun.
“Ketiga-tiga dokumentari ini memperlihatkan negara Tembok Besar berada di landasan pembangunan demi kebangkitan semula di pentas dunia, disokong oleh peradaban tradisional yang wujud sebagai urat nadi bangsa. Ini boleh dijadikan inspirasi bagi Laos untuk melindungi dan mempromosikan identiti tersendiri dalam budaya tempatan dan memajukan pembangunan sosioekonomi yang serasi dengan ekosistemn negara sosialis,” tambah beliau.
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik China-Laos, dan juga “Tahun Persahabatan China-Loas” yang majlis pelancaranannya pernah disaksikan bersama oleh pemimpin kedua-dua negara.
Dimaklumkan lagi, majlis perasmian penyiaran ketiga-tiga dokumentari ini telah diadakan CMG bersama Jabatan Seranta Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos di Vientiane pada Selasa, diserikan dengan kehadiran lebih 200 orang tetamu.













Tinggalkan Balasan