Cetus Inspirasi dan Rebut Peluang daripada Pameran Teknologi Canggih China

Lebih daripada 560 pencapaian teknologi termaju telah dipamerkan dalam satu premis seluas 10,000 meter persegi semasa berlangsungnya Forum Zhongguancun di Beijing tidak lama dahulu, dengan tujuannya menonjolkan kekuatan China dalam bidang sains inovatif. 

Melalui sentuhan dengan teknologi canggih yang menakjubkan ini, apa peluang boleh direbut dalam pembangunan China merupakan satu soalan bagi para tetamu asing yang hadir dalam Forum itu.

Berikutnya pandangan yang dikongsi oleh beberapa tetamu termasuk Pengarah Pejabat Rantau Asia Timur UNESCO, Profesor Shahbaz Khan; Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan Cina Switzerland, Guillaume Joyet; Pengerusi Persekutuan Organisasi Bakat Antarabangsa, Denis Simon dan Naib Presiden Kanan Perhubungan Akademik Global Elsevier, Anders Karlsson.