Apa yang Boleh Dimanfaatkan dalam Usaha Menarik Pelaburan Asing ke Jiangxi? 

Baru-baru ini, siri jerayawara “Pengembaraan diPeringkat Daerah” untuk perusahaan asing anjuran Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) telah memulakan aktiviti pertamanya di Jiangxi. Para pelabur asing kemudian mengeluarkan pandangan mereka selepas kunjungan di provinsi yang terletak di kawasan bahagian tengah China itu.

Ketua Wakil Majlis Perniagaan Kanada-China, David Perez-Des Rosiers menyatakan bahawa lokasi Jiangxi yang terletak di kawasan tebing Sungai Yangtze menjadikannya laluan yang sangat penting dalam sistem logistik serta rantaian bekalan China, yang juga berada dalam pertimbangan utama pelabur Kanada. Lokasi Jiangxi yang mudah diakses itu berfaedah bagi mereka merancangkan perniagaan import dan eksport, serta menjalin kerjasama dalam pelbagai bentuk di sana.

Timbalan Ketua Setiausaha Dewan Perniagaan China-Itali, Federica Viggiani menganggap bahawa provinsi Jiangxi penuh dinamik dan mempunyai ekosistem perindustrian yang kukuh, dan percaya terdapat banyak titik persamaan yang dikongsi Jiangxi dengan perusahaan yang berprestij dari Itali.

Presiden Syarikat Sika (China) Berhad, Zhang Yejong menyatakan bahawa pihaknya mengendalikan 33 kilang dan tiga pusat penyelidikan dan pembangunan global di China pada masa ini, dan akan mengekalkan pelaburan dan pengembangan di China dengan tumpuan diberikan terhadap kawasan bahagian tengah dan barat negara ini pada masa hadapan.