China Harap Tingkatkan Kerjasama Keselamatan dengan Negara BRICS

Atas undangan Penasihat Keselamatan India Ajit Doval, Menteri Luar China, Wang Yi akan menghadiri Mesyuarat ke-16 Penasihat Keselamatan Negara dan Wakil Kanan Keselamatan Negara BRICS yang bakal diadakan di New Dehli, pada 22 hingga 23 Jun, kata jurucakap Kementerian Luar, Lin Jian dalam sidang media yang diadakan di Beijing pada Khamis.

Beliau berkata, China akan bertukar-tukar pendapat dengan negara-negara BRICS tentang situasi keselamatan antarabangsa pada masa ini, isu-isu antarabangsa dan serantau yang penting, cara menangani cabaran keselamatan konvensional dan bukan konvensional, serta membuat persiapan politik bagi Sidang Kemuncak BRICS yang akan berlangsung pada September nanti.

Mengulas lanjut, Lin berkata, China berharap mengambil peluang mesyuarat kali ini untuk meningkatkan komunikasi dan koordinasi dengan negara-negara BRICS, mempergiat dan meluaskan kerjasama keselamatan supaya menyumbang kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan dunia.