China bersedia bersama-sama dengan Bangladesh terus menyemarakkan semangat kejiranan berdasarkan persahabatan tradisi, memupuk rasa saling percaya dari segi strategik, dan memperluas kerjasama dalam bidang yang substantif untuk mendorong hubungan bilateral terus mencapai kemajuan baharu yang lebih besar demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
Perdana Menteri China, Li Qiang berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Bangladesh, Tarique Rahman di sini pada petang Khamis.
Li berkata, China bersedia bekerjasama dengan Bangladesh untuk menggalakkan pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menekankan pembangunan bersama yang berkualiti tinggi, mengimport lebih banyak produk premium dari Bangladesh, menyokong syarikat-syarikat China yang berprestij melabur di Bangladesh untuk mengembangkan kerjasama dalam industri baharu termasuk bidang tenaga boleh baharu, ekonomi digital, kecerdasan buatan dan maklumat serta komunikasi.
“China bersedia bekerjasama rapat dan berkoordinasi dengan Bangladesh dalam menangani urusan pelbagai hala, menjaga kepentingan bersama, menggalakkan perpaduan dan berdikari di kalangan negara membangun, serta memberikan sumbangan yang lebih besar kepada pembangunan bersama Selatan Global,” ujar Li.
Dalam pertemuan itu, Rahman menyatakan bahawa Bangladesh berharap mengeratkan pertukaran peringkat tinggi dengan China, memperkukuh penyelarasan antara kedua-dua negara dalam perlaksanaan strategi pembangunan, serta mendorong Perkongsian Strategik Komprehensif Bangladesh-China terus berkembang menuju ke tahap yang lebih tinggi.
Selepas pertemuan itu berakhir, kedua-dua Perdana Menteri bersama-sama menyaksikan pemeteraian sejumlah dokumen kerjasama.













Tinggalkan Balasan