Xi Bertemu Perdana Menteri Bangladesh

China dan Bangladesh senada dalam membina komuniti berkongsi nasib sesama negara pada era baharu demi melonjakkan hubungan bilateral ke tahap lebih tinggi.

Keputusan itu hasil pertemuan Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Bangladesh Tarique Rahman di Beijing pada pagi Jumaat.

Semasa pertemuan, Xi berkata China sedia bersama Bangladesh untuk meneroka potensi kerjasama dalam bidang seperti pembangunan hijau dan rendah karbon, ekonomi digital, teknologi maklumat dan kecerdasan buatan (AI), selain terus memperkasa usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Sinergi akan dipergiat untuk menggerakkan pembinaan koridor ekonomi China-Myanmar-Bangladesh supaya mengukuhkan kesalinghubungan serantau, ujar beliau.

Dalam pada itu, Tarique menyatakan kesediaan pihaknya untuk merapatkan pertukaran dan kerjasama dengan China melibatkan bidang ekonomi, dagangan, pertanian, pendidikan dan lain-lain, sekali gus membantu Bangladesh mewujudkan pemodenan.