Konsert “Rakyat Diutamakan” sempena ulang tahun ke-105 Parti Komunis China (PKC) berlangsung di Beijing pada Isnin malam.
Acara yang berlangsung dengan meriah dan gilang gemilang itu dihadiri pemimpin-pemimpin parti dan negara termasuk Xi Jinping, Li Qiang, Zhao Leji, Wang Huning, Cai Qi, Ding Xuexiang, Li Xi dan Han Zheng.
Kira-kira 3,000 orang penonton turut sama menyaksikan persembahan pada malam tersebut.
Persembahan pada malam itu dibahagikan kepada lima bahagian dan para artis telah menyuarakan aspirasi kebangkitan semula bangsa melalui persembahan yang memukau.
Mereka pada malam itu juga turut meluahkan rasa cinta kepada parti.













Tinggalkan Balasan