Tokoh tokoh pelbagai kalangan di Hong Kong, Makau dan Taiwan menyatakan bahawa ucapan Presiden China, Xi Jinping dalam perhimpunan sambutan ulang tahun ke-105 Parti Komunis China (PKC) membangkitkan semangat dan mengukuhkan tenaga rakyat China untuk berjuang bagi kebangkitan nusa dan bangsa.
Wakil Kongres Kebangsaan Rakyat China(NPC) dari Hong Kong, Li Shengpo berkata, Presiden Xi dalam ucapannya menyatakan bahawa penggalakan kemakmuran dan kestabilan dalam jangka masa panjang merupakan tuntutan bagi mewujudkan kebangkitan nusa dan bangsa China. Hong Kong pada era baharu dengan terlaksana dasar “satu negara dua sistem” sedang berkembang pada tahap baharu yang menujuk ke makmur. Pelbagai kalangan sedang berusaha dengan aktif mengambil bahagian dan berkhidmat untuk pembangunan negara, serta menyelaraskan tindakan dengan Rancangan Lima Tahun ke-15 untuk menyumbang tenaga Hong Kong untuk kebangkitan bangsa.
Ketua Pengarah Biro Pendidikan dan Pembangunan Belia Wilayah Pentadbiran Khas Macau, Gong Zhiming menyatakan bahawa Presiden Xi menyebut pemuda adalah tenaga baharu untuk mewujudkan kebangkitan bangsa China. Kerajaan Makau telah mengaturkan siri aktiviti untuk membantu para pemuda menghayati dengan mendalam pencapaian pembangunan bangsa China menuju kebangkitan, terus memartabatkan tradisi cemerlang mencintai negara dan Makau, menjadi pembina dan penerus usaha “satu negara dua sistem”.
Manakala, penganalisis isu semasa Taiwan, Wang Bingzhong menyatakan, Xi menekankan perlu mewujudkan penyatuan semula negara yang menunjukkan tanggungjawab sejarah tanah besar terhadap penyelesaian isu Taiwan serta keyakinan mutlak. Beliau yakin isu Taiwan timbul kerana bangsa yang lemah dan kacau, ia pasti akan diselesaikan berikutan kebangkitan bangsa.













Tinggalkan Balasan