JOHOR BAHRU, 3 Sept — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Ehwal Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan hari ini.
Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap Seri Paduka Baginda itu berlangsung di Pavilion 2 Padang Polo Istana Pasir Pelangi di sini.
Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon dan Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru Ng Kuan Hai.
















Tinggalkan Balasan