China menyeru agar usaha terus dipergiat untuk merapatkan jurang kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan manfaat teknologi berkenaan dapat dinikmati semua negara.
Seruan itu dibuat Wakil Tetap China ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan organisasi antarabangsa lain di Switzerland, Jia Guide ketika menyampaikan ucapan pada sesi pertama Dialog Global PBB mengenai tadbir urus AI di Geneva, pada Isnin.
Jia berkata teknologi AI mencorak semula pola pembangunan pelbagai negara serta landskap tadbir urus global.
Justeru beliau menekankan keperluan semua pihak bersinergi untuk mencorak masa depan digital dan pintar yang bersifat inklusif, terbuka, lestari, saksama, selamat dan boleh dipercayai.
Jia berkata China merupakan penyokong, penggalak dan perintis dalam pembangunan keupayaan AI, khususnya mengetengahkan Inisiatif Tadbir Urus AI Global bagi membantu negara-negara lain berkongsi manfaat daripada teknologi pintar.
Persidangan AI Sedunia 2026 dan Mesyuarat Peringkat Tinggi mengenai Tadbir Urus AI Global dijadual berlangsung di Shanghai dari 17 hingga 20 Julai.
Beliau berkata China menanti-nantikan semua pihak aktif menyertai acara berkenaan untuk bersama-sama merapatkan jurang AI.













Tinggalkan Balasan