Wang Yi Terima Kunjungan Duta Besar AS

China dan Amerika Syarikat (AS) perlu melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara dengan bersungguh-sungguh dan menghapuskan semua gangguan dan halangan kepada pertukaran lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua negara.

Menteri Luar China Wang Yi berkata demikian ketika menerima kunjungan Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke China, David Perdue di Beijing pada Khamis.

Wang Yi berkata, di bawah bimbingan strategik pemimpin tertinggi kedua-dua negara, China dan AS sedang berganding tangan untuk membina hubungan konstruktif untuk kestabilan strategik.

Selain itu ujarnya, adalah penting bagi kedua-dua pihak untuk fokus kepada agenda positif dan menangani sebarang perselisihan dengan baik, bagi menghapuskan gangguan dan halangan kepada pertukaran lawatan peringkat tinggi, sekali gus mendorong hubungan dua hala menuju ke arah lebih stabil, sihat dan mampan.

Sementara itu, David Perdue berkata pihaknya bersedia meningkatkan komunikasi dengan China, memperkasakan kerjasama dan membuat persiapan bagi interaksi peringkat tinggi fasa seterusnya.

Beliau turut menzahirkan komitmen untuk membina hubungan konstruktif bagi kestabilan strategik antara AS dan China bersandarkan prinsip saling menghormati dan saksama.