Presiden China Xi Jinping menyeru agar usaha dipercepatkan untuk mencapai kemandirian serta pengukuhan diri dalam bidang sains dan teknologi pada peringkat yang lebih tinggi, sekali gus memacu pemodenan menerusi inovasi teknologi.
Persidangan anugerah sains dan teknologi kebangsaan, perhimpunan ahli Akademi Sains China (CAS) dan Akademi Kejuruteraan China (CAE) serta kongres kebangsaan ke-11 Persatuan Sains dan Teknologi China (CAST) berlangsung di Beijing pada Rabu.
Dalam persidangan berkenaan, Xi berkata tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 (2026-2030) merupakan fasa kritikal untuk menangani pelbagai cabaran ke arah membina negara kuat dalam bidang sains dan teknologi.
Justeru, beliau menegaskan perlunya merebut peluang ini dan terus bergerak ke hadapan bagi merealisasikan matlamat China bergelar negara kuat dalam bidang sains dan teknologi menjelang 2035.
Menurut Xi, China sedang berkembang menjadi perintis dan peneraju dalam bidang sains dan teknologi di peringkat global, dan kini muncul sebagai antara negara yang merekodkan pertumbuhan daya inovasi paling pesat di dunia.
Menyentuh pusingan baharu revolusi teknologi dan transformasi perindustrian, beliau menekankan keperluan menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa serta mengambil langkah lebih berkesan bagi menangani pelbagai cabaran dalam pembangunan sains dan teknologi.













Tinggalkan Balasan