China Bentang Cadangan Integrasi Perdagangan dan Pelaburan di WTO

China mengemukakan cadangan bertajuk “Integrasi Perdagangan dan Pelaburan Bagi Menggalakkan Perindustrian” kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sebelum siri mesyuarat WTO diadakan di Geneva, Switzerland dari 6 hingga 8 Julai.

Wakil China berkata cadangan itu berpandukan pengalaman pembangunan dan perindustrian China pada pelbagai peringkat, selain bertujuan memenuhi aspirasi Selatan Global serta menggalakkan proses globalisasi ekonomi yang lebih inklusif dan memberi manfaat kepada semua.

Semasa mesyuarat berlangsung, Comoros, Benin, Chad, Mali dan Gambia mengumumkan penyertaan mereka sebagai penaja bersama cadangan berkenaan.

Sementara itu, beberapa anggota maju seperti Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom (UK) dan Norway menyifatkan inisiatif China sebagai amat membina serta menyatakan kesediaan untuk meneruskan perbincangan lanjut mengenai integrasi perdagangan dan pelaburan.