China Eksport Robot Industri Bernilai RMB6.29 Bilion Separuh Tahun Pertama 

Ekspot robot industri China pada separuh tahun pertama 2026 melonjak 18.6 peratus tahun ke tahun, dengan mencatat RMB6.29 bilion (RM3.78 bilion).

Menurut data yang dikeluarkan dalam sidang media Jabatan Penerangan Dewan Negara pada Selasa, China berturut-turut mencapai lonjakan besar dalam perkembangan industri robot industri, dan daya saing yang semakin meningkat itu kondusif bagi transformasi pintar dalam senario industri pembuatan global. 

Tahun 2025 telah menyaksikan China menjadi negara pengeksport bersih robot industri dengan skala eksport robot industri melebihi skala import buat pertama kali.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, robot industri buatan China mula digunakan secara meluas dalam kehidupan dan aktiviti pengeluaran di peringkat global.

Dimaklumkan, robot buatan China untuk kegunaan pembedahan mendapat pengiktirafan lebih luas di pasaran antarabangsa, dan peralatan perubatan pintar buatan China kini menjadi semakin relevan di kalangan pesakit.

Eksport robot buatan China untuk kegunaan pembedahan pada separuh tahun pertama 2026 meningkat 3.3 kali ganda, dengan mencecah RMB480 juta (RM289 juta), dan menjangkau ke 49 negara dari 23 yang direkodkan pada tahun lalu. 

Untuk perincian, robot pembersih kelihatan sudah popular dalam menjalankan tugasan rumah tangga, manakala robot humanoid, robot berkaki empat, dan pelbagai produk bionik pintar seperti yang berbentuk ikan dan burung juga semakin laris dijual dalam pasaran antarabangsa.