China Anjur Minggu Digital APEC di Chengdu

Minggu Digital Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2026 dijadual berlangsung di bandar Chengdu, provinsi Sichuan bermula Khamis. 

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) Lin Jian dalam sidang media pada Rabu berkata, acara tersebut merupakan antara aktiviti paling penting dan komprehensif dalam siri mesyuarat peringkat menteri APEC.

Ujarnya, perjalanan ‘Tahun China’ APEC kini telah melepasi separuh penggal dengan kerjasama pelbagai bidang menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan.

Selaku tuan rumah, China akan terus bersinergi dengan semua pihak untuk memajukan pencapaian kerjasama di bawah pelbagai mekanisme melibatkan segenap bidang.

Beliau berkata usaha tersebut bertujuan membina konsensus seluas mungkin sebagai persediaan menjelang Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) pada November tahun ini, selain menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran rantau Asia Pasifik.