Harga Bitcoin Melonjak, Lepasi US$66,000 – Data Perdagangan

MOSCOW, 21 Julai — Harga Bitcoin melonjak hampir tiga peratus pada pagi Selasa, melepasi paras US$66,000 buat kali pertama sejak 17 Jun, menurut data perdagangan, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Di Binance, bursa mata wang kripto terbesar mengikut jumlah dagangan, Bitcoin meningkat 2.87 peratus dalam tempoh 24 jam kepada US$66,026.15 setakat 10.44 pagi waktu Moscow (07:44 GMT).

Menurut CoinMarketCap, yang mengira purata harga merentasi lebih 20 bursa, harga Bitcoin meningkat 2.92 peratus kepada purata US$65,987.39.