Wang Huning Adakan Tinjauan di Wilayah Xizang

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Wang Huning mengadakan tinjauan di Wilayah Autonomi Xizang, pada 19 hingga 22 Julai.

Wang, yang juga Ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), menekankan kepentingan untuk melaksanakan dasar Parti mengenai tadbir urus di wilayah Xizang pada era baharu.

Beliau juga menegaskan perlunya untuk melaksanakan semangat Sidang Pleno keempat Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC, dan siri kenyataan Xi Jinping mengenai kerja di Xizang.

Selain itu, menurut Wang, kerja di Xizang harus menumpukan kepada pemeliharaan ketenteraman masyarakat, pembangunan, perlindungan ekologi alam sekitar, dan pembangunan di kawasan sempadan, supaya memajukan pembinaan pemodenan sosialis di wilayah Xizang dalam tempoh Rancangan Lima Tahun ke-15.