Aktiviti Pertukaran Sosiobudaya China-Rusia Berlangsung di Moscow

Aktiviti pertukaran sosiobudaya China-Rusia bagi memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Patriotik Agung Kesatuan Soviet, berlangsung di Moscow pada Rabu.

Acara itu dianjurkan oleh Kumpulan Media China (CMG) bersama Syarikat Penyiaran Televisyen dan Radio Seluruh Rusia (VGTRK) sempena Presiden China Xi Jinping membuat lawatan rasmi ke Rusia dan menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Patriotik Agung.

Aktiviti tersebut dihadiri lebih 200 tetamu termasuk tokoh-tokoh dari lingkungan politik, ekonomi, budaya, media dan pendidikan Rusia dan China.

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapannya berkata, CMG akan terus membina jambatan budaya untuk meningkatkan persefahaman sesama rakyat menerusi pelbagai program bermutu, menggalakkan perkongsian koordinasi strategik komprehensif China-Rusia pada era baharu melalui interaksi dan kerjasama lebih meluas, serta melantangkan suara yang menentang hegemoni dan menjunjung keadilan untuk dunia yang bergolak ketika ini.

Sementara itu Presiden VGTRK, Oleg Dobrodeev dalam ucapannya menyifatkan kerjasama antara media Rusia dan China sebagai lambang kesalingpercayaan strategik dua negara.

Beliau berkata kedua-dua pihak akan terus mengukuhkan kerjasama dalam pertukaran kandungan, inovasi teknologi, pertukaran kakitangan dan lain-lain.