Kerjasama AS-Filipina Tidak Patut Jejaskan Kepentingan Pihak Ketiga – Kementerian Luar

China tidak menentang kerjasama antara Amerika Syarikat (AS) dengan Filipina, asalkan kerjasama tersebut tidak menyasarkan dan menjejaskan kepentingan pihak ketiga.

Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang media pada Selasa, ketika menjawab soalan wartawan mengenai pengumuman Kedutaan Besar AS di Filipina untuk menubuhkan pusat aduan di Pulau Palawan, bagi membantu nelayan Filipina membuat aduan berkenaan aktiviti penangkapan ikan secara haram.

Katanya, China tetap berpendapat bahawa pertukaran dan kerjasama antara negara patut meningkatkan persefahaman dan kepercayaan negara-negara serantau, serta kondusif kepada kedamaian dan kestabilan serantau.