Menteri Luar China, Kuwait Bincang Kerjasama dan Situasi Rantau Teluk 

China dan Kuwait perlu terus memperluas kerjasama dan pertukaran dalam pelbagai bidang, menghasilkan lebih banyak pencapaian yang konkrit, demi membawa manfaat yang lebih baik kepada rakyat kedua-dua negara. 

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi semasa mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Kuwait, Sheikh Jarrah Jaber Al-Ahmad Al-Sabah di Beijing pada Isnin. 

“Kedua-dua negara juga perlu terus memudahkan mobiliti sesama rakyat demi mengukuhkan ikatan muhibah di peringkat akar umbi. 

“China bersedia untuk mengekalkan jalinan kerjasama yang rapat dengan Kuwait di pentas pelbagai hala, bersinergi mempertahankan prinsip multilateral dan hak serta kepentingan milik negara-negara Selatan Global,” kata Wang. 

Mengulas lanjut, beliau menekankan bahawa situasi di Asia Barat terutama rantau Teluk sekali lagi berada di titik persimpangan yang kritikal. Konflik tidak sepatutnya berlaku secara berulang-alik, manakala perlunya menyingkap lembaran baharu ke arah yang stabil dan makmur dengan seawal mungkin. 

“China sentiasa berpendapat bahawa tidak kira sejauh mana perbezaan, kita harus mencari jalan penyelesaian menerusi saluran rundingan, dan bukannya menentukan siapa kalah menang melalui tembakan yang bertubi-tubi. 

“Kita tidak boleh berjalan balik lagi di landasan yang menuju ke gencatan senjata dan arah menoktahkan peperangan, memandangkan sudah ada kemajuan yang tercapai,” tambah Wang. 

Sementara itu, Sheikh Jarrah Jaber turut menyampaikan penghargaan negaranya terhadap peranan China yang konstruktif dalam menangani konflik antara Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran. 

“Kuwait sudi mempertingkatkan komunikasi dan koordinasi dengan China untuk mendorong pemulihan keselamatan dan kestabilan dalam situasi serantau seawal mungkin, selain melindungi keselamatan dan kebebasan pelayaran menyusul laluan perkapalan antarabangsa,” kata beliau.