WASHINGTON, 27 Ogos — Kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan menyalurkan bantuan bencana berjumlah US$500,000 kepada penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di Nepal, menurut Jabatan Negara pada Rabu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Bantuan itu merangkumi tempat perlindungan kecemasan, air bersih dan bekalan bantuan lain.
Seorang penasihat bantuan bencana turut dihantar ke rantau berkenaan bagi menyokong usaha bantuan.
“Amerika Syarikat menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga dan insan tersayang mangsa banjir kilat di daerah Rasuwa, Nepal,” menurut Jabatan Negara.
Sekurang-kurangnya 162 orang maut di Nepal akibat banjir di kawasan sempadan itu, manakala China melaporkan sekurang-kurangnya tiga kematian.
Ratusan orang masih hilang, termasuk lebih 400 pengembara dari Nepal dan luar negara serta anggota polis dan tentera.













Tinggalkan Balasan