Diplomasi China Berteraskan Kesamarataan dan Bersasarkan Penambahbaikan Hidup Rakyat

Majalah “The Economist” melontarkan istilah “diplomasi Restoran Loong” di sebalik tayangan filem “Once Upon A Time in The Middle East”, dan memutarbelitkan diplomasi China sebagai didorong semata-mata oleh perdagangan dan kekurangan fikiran mendalam baru-baru ini.

Ini turut mendedahkan prasangka kognitif Barat. 

Diplomasi suatu negara tidak boleh dinilai dengan bahasa atau tafsiran yang sukar difahami. 

Diplomasi China yang berfokus pada pembangunan dan bersasarkan penambahbaikan rezeki rakyat, menggalakkan kerjasama saling menguntungkan, menjaga keseimbangan antara isu  keselamatan dan pembangunan, dan bukannya sekadar urusan perdagangan untuk bertukar keuntungan sahaja. 

Restoran Loong yang beroperasi di bawah latar belakang perang dalam filem itu boleh dirujuk sebagai satu metafora untuk “makan dengan baik baik”, iaitu sebahagian yang asas dalam kesejahteraan orang biasa. Ia juga boleh dilihat sebagai satu perspektif hubungan antarabangsa yang berbeza daripada pencaturan kuasa. 

Modus operandi Barat untuk membuat naratif  tidak sesuai digunakan untuk menghuraikan konsep dan idea China. 

Semua negara duduk sama rata di bawah bumbung yang sama dengan menyasarkan penambahbaikan kehidupan rakyat dan keamanan bersama, bukan sahaja merupakan visi dan misi diplomasi China, tetapi juga nilai-nilai yang murni yang patut diperjuangkan para diplomat dari setiap negara.