Festival Filem Antarabangsa Jalan Sutera edisi ke-13 berlangsung di Xi’an, provinsi Shaanxi bermula 19 hingga 23 September.
Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong berkata festival berkenaan menyediakan platform terbaik kepada pemain industri perfileman tempatan dan asing untuk berinteraksi dan berkomunikasi, di samping menjadi temasya budaya yang dapat dinikmati seluruh lapisan masyarakat.
Ujarnya, CMG bersedia mengadakan kerjasama dengan rakan-rakan dari pelbagai sektor di seluruh dunia bagi mempamerkan daya tarikan budaya China melalui kisah Jalan Sutera, sekali gus menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Dianjurkan bersama oleh CMG serta kerajaan tempatan provinsi Shaaxi dan Fujian, festival filem itu menerima sebanyak 2,130 penyertaan dari 139 negara dan wilayah.













Tinggalkan Balasan