Apa yang Hebat dalam Persekitaran Perniagaan China? 

Waktu Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China (CISCE) edisi ke-4 yang diadakan di Beijing baru-baru ini, hampir 20 pegawai eksekutif syarikat transnasional dan ketua persatuan perniagaan antarabangsa telah mengikuti sesi perbincangan tentang keunggulan rantaian bekalan antarabangsa China, dan memuji persekitaran perniagaan di negara ini. 

Timbalan Pengerusi Charoen Pokphand Group Thailand di rantau China,Yang Gang berkata, baik pembangunan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) mahupun penubuhan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, merupakan antara faktor-faktor yang kondusif bagi syarikat dalam rantai bekalan makanan dan ternakan mengakses ke industri hiliran malah ke pasaran luar negara. 

“Kami optimis terhadap perkembangan pasaran China, menghargai persekitaran perniagaan tempatan yang semakin baik, dan akan menambah pelaburan ke pasaran China,” katanya lagi.