Sukan Asia ke-20 Buka Tirai di Nagoya, Jepun

Sukan Asia edisi ke-20 secara rasmi membuka tirainya di bandar Nagoya, wilayah Aichi, Jepun pada Sabtu malam. 

Sukan Asia Aichi-Nagoya dijadual berlangsung hingga 4 Oktober membabitkan kira-kira 11,000 atlet dari 45 negara dan wilayah. 

Sepanjang temasya sukan terbesar Asia itu berlangsung, para atlet akan berentap dalam 43 jenis sukan meliputi 71 disiplin dan 469 acara.