Memperkasakan kerjasama saling menguntungkan antara China dan Jerman selaras dengan kepentingan bersama kedua-dua negara dan juga pilihan yang bijak dan betul, kata Menteri Luar China Wang Yi, pada Isnin.
Dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Jerman Johann Wadephul, Wang berkata China dan Jerman seharusnya mengeluarkan isyarat positif kepada dunia bahawa kedua-dua negara ini akan bersama-sama menunjung multilateralisme dan perdagangan bebas, menjana keyakinan pihak luar terhadap pengembangan hubungan China-Jerman, dan memainkan peranan membina dalam mendorong perkembangan hubungan China-Kesatuan Eropah (EU).
“China dan Jerman sebagai dua kuasa ekonomi utama di dunia dan rakan kongsi strategik komprehensif, wajar untuk meningkatkan komunikasi strategik, mengukuhkan keyakinan, dan mempergiat kerjasama praktikal.
“Kedua-dua negara juga harus menghargai kemajuan yang tercapai, mendorong kerjasama China-Jerman ke arah lebih meluas dan kukuh, dan membuahkan lebih banyak hasil,” ujar Wang.
Beliau turut menegaskan bahawa China dan EU sebagai rakan kongsi strategik komprehensif, tidak seharusnya mengadakan perang dagang.
“China berharap Jerman dapat mengkelkan sikap rasional dan pragmatik, memainkan peranan membina dalam EU, agar mendorong blok itu memelihara perdagangan bebas, menyingkirkan proteksionisme, serta mempertahankan keterbukaan, kerjasama, dialog dan muafakat,” kata Wang.
Johann Wadephul pula mengatakan bahawa hubungan antara Jerman dengan China berkembang mantap dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
“Kami berharap untuk memperkasakan kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi dan pergagangan, di samping merapatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi.
“Jerman menyokong EU dan China menyelesaikan perselisihan melalui dialog, dan bersedia memainkan peranan positif dalam perkara tersebut,” ujar Wadephul.













Tinggalkan Balasan