BEIJING, 28 Sept — Banyak perusahaan China kini mampu mengembangkan sayap di pasaran global bukan lagi semata-mata bergantung kepada kos rendah, sebaliknya berbekalkan kekuatan teknologi, kata Presiden Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-China (USCBC), Sean Stein.
Menurut beliau, sejumlah perusahaan China kini muncul sebagai peneraju dalam bidang teknologi dan pembuatan.
Stein berkata syarikat Amerika Syarikat (AS) memilih untuk melabur di China kerana negara itu memiliki tenaga mahir, rantaian bekalan yang lengkap serta sejumlah besar perusahaan inovatif dan cekap.
“Seiring dengan kematangan ekonomi China dan ekosistem industrinya, banyak hala tuju pembangunan adalah selaras dengan perancangan yang digariskan menerusi siri Rancangan Lima Tahun (FYP) sebelum ini.
“Perkembangan itu turut mewujudkan peluang kerjasama yang sebelum ini tidak pernah wujud,” kata beliau dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG).
Stein turut menyeru komuniti perniagaan AS agar menyumbang kepada pembentukan hubungan China-AS yang berteraskan kestabilan strategik dan bersifat konstruktif.
Menurut beliau, hubungan sedemikian bukan sahaja memberi manfaat kepada perusahaan dan rakyat kedua-dua negara, malah dapat membawa lebih banyak kepastian kepada dunia.













Tinggalkan Balasan