Jepun Digesa Kenakan Hukuman Berat Terhadap Pelaku Kes Ceroboh Masuk Kedutaan China

Keupayaan pihak Jepun dalam mengendalikan kes pencerobohan bersenjatan di Kedutaan China mengikut undang-undang akan menjadi ujian besar terhadap komitmen negara itu dalam mematuhi undang-undang antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan berhubung perbicaraan pertama kes tersebut, dalam sidang media pada Khamis.

Beliau menegaskan bahawa tindakan tegas berhubung kes membabitkan suspek Kodai Murata itu juga berkait rapat dengan kredibiliti dan reputasi Jepun di pentas dunia.

“Jepun digesa membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan demi mengelakkan insiden seumpama daripada berulang lagi,” ujar Mao.