KUALA LUMPUR, 9 Okt — Kejadian gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 berlaku di Utara Laut Maluku, Indonesia pada 1.11 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berpusat di koordinat 0.8 darjah utara dan 126.0 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 124 km tenggara dari Bitung, Indonesia.
Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.











Tinggalkan Balasan