Menteri Besar Pahang Ucap Takziah Kepada Keluarga Lim Kim Sheng

KUANTAN, 19 Okt — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Timbalan Pengerusi MCA Pahang Tan Sri Lim Kim Sheng yang meninggal dunia, semalam.

Wan Rosdy berkata pemergian Lim pastinya memberi kesan kepada keluarga serta insan yang pernah mengenali dan bersama-sama beliau, sepanjang perjalanan hidup dan khidmatnya.

“Banyak jasa dan sumbangan beliau dalam arena politik tanah air, khasnya di negeri Pahang. Semoga ahli keluarga mendiang diberikan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini,” menurut hantaran Wan Rosdy di Facebook hari ini.

Lim meninggal dunia pada usia 81 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 2.09 petang semalam.