China, Uzbekistan Ikrar Perkasa Kerjasama Bilateral

Perdana Menteri China Li Qiang mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Uzbekistan Abdulla Aripov di Tashkent pada Sabtu.

Li dalam rundingan itu berkata China bersedia meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan dengan Uzbekistan sambil memperkukuh kerjasama dalam bidang tenaga, kecerdasan buatan (AI), pertanian moden dan lain-lain.

Beliau turut menyatakan kesediaan China bekerjasama dengan Uzbekistan untuk memperkasa kesalinghubungan dalam infrastruktur, kewangan dan beberapa aspek lain, di samping mendorong pembinaan landasan kereta api China-Kyrgyzstan-Uzbekistan secara berkualiti tinggi.

Sementara itu, Aripov berkata pihaknya bersedia bersinergi dengan China bagi memacu pembinaan pelbagai projek dalam rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) termasuk landasan kereta api China-Kyrgyzstan-Uzbekistan.

Uzbekistan juga berhasrat memperdalam kerjasama yang saling menguntungkan dengan China dalam bidang-bidang seperti ekonomi dan perdagangan, pertanian, perlombongan, kewangan, teknologi digital, AI dan perlindungan ekologi.