China menganjurkan satu forum khas berkaitan penambahbaikan tadbir urus global, setahun selepas Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) diajukan negara Tembok Besar.
Forum Tadbir Urus Global 2026 (Xiong’an) selama tiga hari berlangsung di Kawasan Baharu Xiong’an, provinsi Hebei bermula 23 Oktober, yang menghimpunkan hampir 400 peserta tempatan dan asing dalam bidang politik, ekonomi, teknologi dan lain-lain.
Sempena forum berkenaan, China mengumumkan siri langkah praktikal untuk memantapkan pelaksanaan GGI, selain mengulangi pendirian untuk terus menjunjung multilateralisme dan memelihara peranan teras dimainkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
China turut menekankan peri pentingnya mempertingkat keberperwakilan dan hak bersuara Selatan Global dalam hal ehwal antarabangsa, serta mendorong GGI diterjemahkan kepada lebih banyak pelaksanaan di peringkat global.
Penyelaras Residen PBB di China, Stephen Jackson berkata adalah jelas sekali bahawa GGI tiada niat untuk menggantikan PBB.
Objektif inisiatif berkenaan adalah untuk membekalkan tenaga dan mengukuhkan multilateralisme, kata beliau sambil menambah bahawa PBB sedia bekerjasama dengan China untuk meningkatkan lagi persefahaman dan bersama-sama menyemarakkan semula multilateralisme berpusatkan PBB.











Tinggalkan Balasan