Persidangan Ke-17 Pihak-Pihak bagi Konvensyen Kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP17) kini sedang rancak berlangsung di ibu negara Armenia, Yerevan.
Presiden COP17 yang juga Menteri Alam Sekitar Armenia, Hambardzum Matevosyan pada persidangan tersebut menzahirkan penghargaan tinggi terhadap peranan aktif yang dimainkan China dalam memastikan kelancaran proses rundingan sepanjang persidangan itu.
Beliau menegaskan, pembabitan berterusan Beijing amat membantu memacu kemajuan kerja persidangan, bermula daripada penganjuran Dialog Kunming sebelum ini, sehinggalah kepada perlaksanaan semakan kemajuan kolektif global yang dijalankan ketika ini.
Selain perundingan, pada tahun 2021, China menjadi negara pertama yang mengumumkan penubuhan Dana Kepelbagaian Biologi Kunming untuk membantu negara membangun meningkatkan keupayaan perlindungan.
“Dana yang dilancarkan secara rasmi pada tahun 2024 ini, merupakan satu cara untuk membuka peluang baharu, membantu semua pihak mengambil tindakan supaya keputusan mesyuarat dapat menghasilkan kesan yang nyata.” kata Matevosyan.













Tinggalkan Balasan