Eropah dan China boleh mengadakan dialog mengenai bidang-bidang yang substantif memandangkan tercapainya sejumlah persefahaman dalam rundingan ekonomi dan perdagangan bilateral, manakala perlu mengeratkan kerjasama di sebalik kepentingan milik bersama yang meluas dan kedudukan rakan dagang yang penting antara satu sama lain.
Demikian ujar Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde dalam satu temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) di Bangkok, Thailand mutakhir ini.
“Ekonomi global menunjukkan daya tahan yang kuat di luar jangkaan, namun konflik geopolitik wujud sebagai gangguan terhadap proses penurunan inflasi.
“Situasi geopolitik sekarang ini tidak kondusif bagi mengekalkan kestabilan harga, pertumbuhan ekonomi dan perkongsian hasil inovasi di peringkat antarabangsa,” kata Lagarde.
Beliau menyifatkan dirinya bagaikan ‘burung hantu’ dalam penggubalan dasar monetari, kerana pantas bertindak dan sentiasa berwaspada apabila membuat keputusan berdasarkan penilaian dari pelbagai sudut dan kata sepakat pelbagai pihak.
“Amerika Syarikat (AS) dan China telah menjadi pelopor dalam pembangunan kecerdasan buatan (AI), namun negara-negara Eropah menunjukkan jurang ketara dalam pembangunan sektor tersebut.
“Eropah mempunyai bakat-bakat dan modal berkaitan, namun kekurangan penyusunan elemen-elemen yang serasi, jadi sepatutnya menghidupkan semula rizab kewangan tempatan bagi memacu pelaksanaan inovasi,” ujar Largade.
Mengulas lanjut, beliau menyatakan kerjasama antara bank pusat Eropah dan China semakin mendalam, dan kedua-dua pihak telah mengemaskini memorandum persefahaman (MoU) dan menetapkan had pertukaran mata wang.
Selain itu, Largade turut memuji prestasi dan pencapaian pembangunan dilakar China dalam pengurangan kemiskinan dan pengurusan ekologi.
Tatkala merumuskan iktibar diperoleh daripada pelbagai krisis dalam sejarah, Lagarde beranggapan bahawa jangan menilai sesuatu hanya dari penampilan luaran. Meskipun krisis membawa kegetiran, tetapi juga boleh mencetuskan reformasi. Apabila krisis tercetus secara terus-menerus, kita mestilah sentiasa bersiapsiaga.
“Untuk mencapai kata sepakat, kita perlu membuang sikap ego dan mengenal pasti tuntutan kepentingan pelbagai pihak”, tambah beliau.











Tinggalkan Balasan