China dan Oman perlu menyemarakkan persahabatan tradisional, mengukuhkan hubungan sesama rakyat, merapatkan kerjasama dalam pelbagai bidang dan terus membekalkan konotasi baharu kepada perkongsian strategik kedua-dua negara.
Presiden China Xi Jinping membuat kenyataan itu ketika mengadakan rundingan dengan Sultan Oman, Sultan Haitham Bin Tarik Al Said di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada pagi Isnin.
Beliau berkata China sedia bekerjasama dengan Oman untuk memperdalam penyelarasan strategi pembangunan, serta menjadi rakan kongsi tenaga yang stabil dan boleh dipercayai, rakan kongsi pelaburan yang berpotensi dan rakan kongsi yang berinovatif dalam teknologi tinggi.
Kerjasama tenaga kedua-dua negara harus dipergiat lagi, kata Xi sambil menambah bahawa pertukaran membabitkan perindustrian, pelaburan, kecerdasan buatan (AI), sains dan teknologi serta sosiobudaya juga perlu terus dirancakkan.
Xi turut menyatakan kesediaan China untuk mengukuhkan komunikasi dan koordinasi dengan negara-negara Arab termasuk Oman dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) bagi memulihkan keamanan berkekalan di rantau berkenaan.
Sementera itu, Sultan Oman Sultan Haitham bertitah bahawa pihaknya bersedia merapatkan koordinasi dengan China, bersama-sama mempertahankan undang-undang antarabangsa, menyelesaikan perselisihan secara damai serta menyumbang kepada keselamatan dan kestabilan serantau malah global.










Tinggalkan Balasan