“China Haul” merujuk kepada video unboxing yang dibuat oleh pelancong asing menunjukkan koleksi barangan China yang dibeli mereka di media sosial, selepas mereka mengembara ke China.
Baru-baru ini, istilah ini jadi trending di platform media sosial luar negara.
Berbeza dengan perkongsian beli-belah yang berselerak pada masa lalu, kini “China Haul” telah dibentuk dengan rangkaian penyebaran yang lengkap.
Ramai pelancong asing akan susun dulu senarai “barang wajib beli bila ke China” di media sosial sebelum bertolak, terus ke kedai sasaran untuk membeli setiba di destinasi, dan bila pulang akan kongsi pengalaman beli-belah mereka melalui video unboxing, sekaligus mendorong lebih ramai netizen luar negara memilih China sebagai destinasi pelancongan mereka.










Tinggalkan Balasan