China Hasrat Protokol Penaiktarafan CAFTA Versi 3.0 Berkuat Kuasa Seawal Mungkin – MFA

China berharap dapat memperkukuh perpaduan dan kesalingpercayaan, sambil membentuk konsensus kerjasama dengan negara-negara ASEAN melalui Mesyuarat Pemimpin China-ASEAN.

Ini sekali gus dapat mempercepatkan penguatkuasaan Protokol Naik Taraf Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN Versi 3.0.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar (MFA) China, Guo Jiakun dalam sidang media di Beijing pada Rabu, ketika diminta mengulas mengenai kehadiran Perdana Menteri China, Li Qiang pada Mesyuarat Pemimpin China-ASEAN edisi ke-29 yang dijadual diadakan di Manila, Filipina pada 15 hingga 16 November.

Menurut Guo, tahun ini juga menandakan ulang tahun kelima Perkongsian Strategik Komprehensif China-ASEAN. 

Justeru, Guo berkata China menyeru semua pihak dapat memperdalam kerjasama dalam pelbagai bidang strategik termasuk kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital, keselamatan tenaga, kesalinghubungan serta pembangunan dan pembasmian kemiskinan.

Beliau turut menegaskan kepentingan China dan ASEAN untuk berganding bahu membina sebuah komuniti bersama yang aman, makmur dan mesra, sekali gus menyumbang kepada kestabilan serta pembangunan serantau.