China Saksi Pertumbuhan Pesat Pengimportan dari Negara BRI pada Tiga Suku Pertama

China telah menandatangani dokumen kerjasama di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan lebih 150 negara dan lebih 30 organisasi antarabangsa.

Selain itu, import China dari negara-negara yang menyertai BRI turut mencatatkan pertumbuhan sebanyak 17.9 peratus dalam tempoh tiga suku pertama tahun ini.

Angka tersebut dimaklumkan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) dalam sidang media di Beijing pada Khamis.

Sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, jumlah pengangkutan kontena menerusi perkhidmatan kereta api dan laut di Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu di wilayah barat China telah melebihi satu juta unit bersamaan 20 kaki (TEU).

Sementara itu, pembukaan Laluan Terusan Pinglu kepada kapal juga telah membentuk laluan pengangkutan utama yang merentasi wilayah barat daya China, sekali gus memperkukuh jaringan perdagangan dan keterbukaan kepada pasaran antarabangsa.

Sebagai rekod, dagangan kargo di kawasan tengah dan barat menyumbang 18.7 peratus daripada jumlah perdagangan barangan kargo di seluruh negara pada tiga suku pertama 2026, iaitu menokok 7.4 mata peratusan berbanding tempoh sama pada 2013.