KUANTAN, 3 Jun — Pahang menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Penasihat Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN mengenai Dadah Berbahaya (AIPACODD) ke-8 yang akan berlangsung dari 9 hingga 12 Jun ini sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Bertemakan Uniting Parliaments for an Inclusive and Sustainable ASEAN in Addressing Contemporary Drug Challenges, mesyuarat itu menggariskan komitmen negara anggota ASEAN dalam menangani cabaran semasa berkaitan dadah berbahaya secara kolektif dan inklusif.
“Semoga usaha ini memperkukuh diplomasi antara Parlimen serta menyumbang kepada masa depan ASEAN yang lebih sihat, selamat dan sejahtera,” menurut hantaran di Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
Terdahulu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata polis akan mempertingkat kawalan keselamatan bagi memastikan kelancaran mesyuarat itu yang akan berlangsung minggu depan.
Tinggalkan Balasan