Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 11 Julai — Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat, disokong oleh Indeks Dolar (DXY) Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh dan petunjuk bercampur-campur daripada Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.2440/2640 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2505 pada Khamis.

DXY AS meningkat 0.10 peratus kepada 97.652 mata semalaman, mencerminkan kenaikan sederhana dalam mata wang AS.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata hala tuju dasar Fed terus tidak menentu berikutan petunjuk bercampur-campur daripada para pegawai kanannya.

“Presiden Fed St. Louis Alberto Musalem mencadangkan untuk tunggu sebelum menurunkan kadar faedah manakala Presiden Fed San Francisco Mary Daly menyokong dua penurunan kadar faedah pada tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tuntutan awal pengangguran adalah lebih rendah daripada jangkaan sebanyak 227,000 minggu lepas, menunjukkan pengukuhan berterusan dalam pasaran tenaga kerja AS.

“Sementara itu, bil Perbendaharaan AS bagi tempoh empat dan lapan minggu mencatatkan permintaan kukuh daripada pelabur, menyebabkan hasil berkurangan,” katanya.

Pada peringkat domestik, Mohd Afzanizam berkata ringgit naik 0.15 peratus kepada RM4.2458 semalam, menunjukkan respons pasaran yang positif terhadap penurunan 25 mata asas dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia.

“Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal stabil hari ini, berada antara RM4.23 dan RM4.24,” katanya.

Pada sesi pembukaan, ringgit kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali yen Jepun.

Ia mengukuh berbanding pound kepada 5.7629/7901 daripada 5.7716/7845 dan meningkat berbanding euro kepada 4.9663/9897 daripada 4.9751/9863.

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9015/9154 daripada 2.9014/9081.

Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0144/0834 daripada 13.0196/0548 semasa ditutup semalam dan hampir mendatar berbanding peso Filipina kepada 7.51/7.55 daripada 7.51/7.53.

Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3174/3333 daripada 3.3159/3236 dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 261.5/262.9 daripada 261.3/262.1 sebelum ini.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda