Xi Terima Kunjungan Presiden Majlis Eropah dan Presiden Suruhanjaya Eropah

Presiden China, Xi Jinping menerima kunjungan Presiden Majlis Eropah (EU) , Presiden Suruhanjaya EU Ursula Von Der Leyen di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi.

Dalam pertemuan tersebut, Xi menyatakan bahawa tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara China dan Eropah, serta ulang tahun ke-80 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut beliau, China dan Eropah merupakan kuasa konstruktif yang mengamalkan multilateralisme serta kerjasama terbuka justeru kedua-dua perlu meningkatkan komunikasi, memperkukuh kepercayaan antara satu sama lain, dan memperdalam kerjasama, supaya hubungan China-Eropah yang stabil dan sihat dapat memberikan lebih banyak kestabilan kepada dunia. 

“Kita perlu memegang teguh arah yang betul dalam pembangunan hubungan China-Eropah dan bekerjasama untuk membuka lembaran baru yang lebih cerah bagi hubungan China-Eropah dalam 50 tahun akan datang,” ujar beliau.