Presiden China Xi Jinping mengutus surat kepada Persidangan Belia Dunia untuk Kedamaian yang berlangsung di Beijing pada Selasa.
Xi berkata tahun ini merupakan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia. Lapan dekad lalu, rakyat China berjuang gigih bersama rakyat dunia hingga menewaskan fasisme dan meraih kedamaian yang amat dihargai.
Masa depan kedamaian terletak pada golongan muda, tegas beliau sambil menzahirkan harapan supaya para hadirin saling berkongsi pandangan, meningkatkan persefahaman dan menjalin persahabatan dengan mengambil peluang daripada persidangan kali ini.
Beliau juga berharap golongan berkenaan dapat bersama-sama menjadi pendukung konsep kedamaian, pengamal pembangunan damai serta menyumbang kebijaksanaan dan tenaga kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Tinggalkan Balasan