CMG Lancar Jawatankuasa Pakar mengenai Pengajian Laut China Selatan

Kumpulan Media China (CMG) melancarkan jawatankuasa pakar mengenai pengajian Laut China Selatan dalam satu majlis yang berlangsung di Sanya, provinsi Hainan pada Sabtu.

Presiden CMG Shen Haixiong berkata penubuhan jawatankuasa berkenaan merupakan satu langkah inovatif untuk mendalami dan mempraktikkan pemikiran Xi Jinping berhubung budaya dan diplomasi, serta menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib lautan. 

Dalam pada itu, Presiden Kokus Inisiatif Jalur dan Laluan bagi Asia Pasifik (BRICAP) Tan Sri Ong Tee Keat menyatakan kerjasama antara China dengan ASEAN merupakan contoh kejayaan integrasi serantau dan multilateralisme. 

Menurut beliau, tatkala menghadapi situasi antarabangsa yang rumit ketika ini, semua pihak terlibat harus mengukuhkan rasa saling percaya, mengumpul kebijaksanaan dan bersama-sama meneroka pendekatan untuk mewujudkan keamanan dan kerjasama di Laut China Selatan.

Sempena majlis berkenaan, CMG turut menyiarkan Laporan Persepsi Asia Tenggara mengenai Laut China Selatan.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda