“Festival Filem Rusia 2025” anjuran bersama Jabatan Pentadbiran Filem China dan Kementerian Kebudayaan Persekutuan Rusia membuka tirai di Arkib Filem China pada Isnin.
Festival tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti “Tahun Kebudayaan China-Rusia 2024-2025”.
Istimewanya majlis pembukaan festival tersebut berjaya menarik penyertaan lebih 600 tetamu termasuk dalam kalangan pemain industri dari kedua-dua negara.
Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong berkata penganjuran festival tersebut merupakan manisfestasi kepada perlaksanaan saranan pemimpin kedua-dua negara selain sebagai salah satu acara pertukaran budaya yang penting dalam rangka kerjasama budaya China-Rusia.
Kata Shen lagi, filem Red Silk yang bakal ditayangkan di China pada 6 September ini merupakan bukti kerjasama terbaharu China-Rusia dalam bidang perfileman.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerjasama kedua-dua negara dalam bidang perfileman akan diperkasakan demi memperkaya pertukaran antara rakyat dan pembinaan perkongsian rakan kordinasi strategik komprehensif zaman baharu.
Tinggalkan Balasan