CMG Laksanakan Tugas Cemerlang

Majlis memperingati Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia berlangsung dengan jayanya di Dataran Tian’anmen bandar Beijing pada pagi Rabu.

Kumpulan Media China (CMG) yang bertanggungjawab menyediakan siaran langsung majlis bersejarah tersebut ke seluruh dunia telah membuat persiapan selama lebih enam bulan bagi memastikan program-program hebat dan menarik dapat disajikan kepada penonton di seluruh dunia.

Lebih 3,000 petugas CMG terlibat dalam proses ini meliputi petugas bagi siaran langsung, audio, persembahan kesenian, terjemahan serentak dan lain-lain.

Selain itu, CMG turut memanfaatkan kesemua 85 platform bahasa asing bagi siaran ke seluruh dunia, sekaligus memperlihatkan komitmen dan pendirian baik China di peringkat global.