Tayangan Filem “Red Silk” Acara Penting Pertukaran Budaya Rusia-China

Majlis tayangan perdana filem arahan bersama China-Rusia “Red Silk” disiarkan dalam program komentari terkemuka “Berita Mingguan” menerusi saluran komprehensif “Rusia-1” dan saluran berita “Rusia-24” milik All-Russia State Television and Radio Broadcasting Company (VGTRK) pada 7 September waktu tempatan.

Juruacara program tersebut, yang juga Presiden Kumpulan Media Antarabangsa “Russia Today” dan Naib Presiden VGTRK, Dmitry Kiselev menekankan bahawa filem “Red Silk” merupakan acara penting dalam pertukaran budaya Rusia-China, dan juga satu kejayaan yang memberangsangkan hasil penggambaran bersama pemain industri filem kedua-dua negara. 

Filem “Red Silk” sudah ditayangkan di Rusia seawal bulan Februari tahun ini. Kemudian, majlis tayangan perdana filem itu pula diadakan di China Film International Cinema di Beijing pada 4 September, diserikan dengan kehadiran Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong dan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Media Nasional (NMG) Rusia Alina Kabaeva.