China konsisten dalam memperhalusi pelaksanaan dasar pintu terbuka, menyesuaikan diri dengan peraturan perdagangan antarabangsa, mempercepat pelaksanaan projek rintis seiring dengan pembangunan zon perdagangan bebas dan zon inovasi perdagangan perkhidmatan kebangsaan, dan meningkatkan keterbukaan pasaran perkhidmatan domestik secara bertahap dan kualiti pembangunan sektor terbabit.
Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam suat tahniahnya kepada Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2025 yang dirasmikan di Beijing pada Rabu.
Beliau menambah, China bersedia bersama dengan pelbagai pihak bagi menggalakkan kolaborasi inovatif perdagangan perkhidmatan global, mengembangkan ekonomi yang terbuka dalam senario global, agar menyuntik kedinamikan baharu bagi usaha membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Dimaklumkan, sebanyak hampir 2,000 syarikat dari lebih 70 buah negara dan pertubuhan antarabangsa hadir dalam pameran berkenaan, antaranya termasuk hampir kesemua perusahaan yang tersenarai sebagai 500 paling terkemuka di peringkat dunia.
Dalam perkembangan lain, China Global Television Network (CGTN) telah melancarkan satu tinjauan pendapat umum berhubung CIFTIS 2025 yang bertemakan “diterajui pendigitalan dan teknologi pintar, diperbaharui perdagangan perkhidmatan”.
Menurut keputusan berkenaan, 93.2 peratus respoden menanti-nantikan pameran kali ini boleh menjadi satu platform bagi berkongsi peluang, menggalakkan pewujudan situasi yang saling menguntungkan dan memacu ekonomi sedunia.
Sebanyak 89 peratus responden menganggap, CIFTIS telah menjadi satu wahana penting dalam sektor berkenaan, sedangkan 93.8 peratus berpendapat bahawa platform terbabit berjaya menyediakan akses berharga kepada syarikat kecil dan sederhana dan perusahaan baharu di negara-negara dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
Sementara itu, 91.4 peratus responden menyifatkan CIFTIS mempamerkan tekad China untuk berinisiatif melibatkan diri dalam landskap ekonomi perdagangan global malah menambah elemen-elemen baharu kepadanya.
Untuk rekod, terdapat seramai 4,995 responden yang terlibat dalam tinjauan pendapat itu, yang dilancarkan dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia dalam 24 jam.
Tinggalkan Balasan