China Menentang Keras Tindakan Israel Cabuli Kedaulatan dan Keselamatan Wilayah Qatar

China menentang keras tindakan Israel yang mencabuli kedaulatan dan keselamatan wilayah Qatar, dan menasihati suatu negara kuasa besar supaya mengutamakan kedamaian dan kestabilan serantau, memainkan peranan konstruktif dalam mendorong gencantan senjata dan mengurangkan ketegangan serantau. Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata sedemikian dalam sidang media di sini pada Rabu.

Lin berkata, China mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang berlaku di Doha, ibu negara Qatar pada Selasa.

“Kami amat bimbang akan serangan berkenaan yang mungkin mengakibatkan situasi serantau menjadi lebih meruncing, dan tidak puas hati terhadap tindakan berkenaan yang sengaja menjejaskan rundingan mengenai gencatan senjata di Gaza,” tambah beliau.

Lin menunjukkan lagi bahawa kedamaian Asia Barat tidak dapat diwujudkan melalui tindakan kekerasan. China dengan tegas menyeru pelbagai pihak terlibat terutamanya Israel untuk meningkatkan usaha positif bagi meredakan pertempuran dan menyambung semula rundingan, dan bukan bertindak sebaliknya.